comscore
Tumpuan :
Dunia

Amerika Syarikat halang PBB iktiraf Palestin sebagai sebuah negara

NEW YORK: Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.

Sekali gus menghalang badan dunia itu daripada mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin dan bukan melalui PBB.

Ia membantah draf resolusi yang mengesyorkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB supaya Palestin diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Britain dan Switzerland berkecuali, manakala baki 12 negara anggota bersetuju.

Ketika ini, Palestin adalah negara pemerhati, pengiktirafan de facto kenegaraan yang telah diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2012.

Permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan kemudian sekurang-kurangnya dua pertiga ahli UNGA.

Desakan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB dibuat ketika perang Israel-Palestin memasuki bulan ketujuh dan rejim Israel terus memperluaskan penempatan di Tebing Barat yang diduduki.

UNSC sudah sudah lama menyokong visi dua negara yang tinggal bersebelahan berdasarkan sempadan yang selamat dan diiktiraf.

Rakyat Palestin mahukan sebuah negara di Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza, merangkumi semua wilayah ditawan Israel pada 1967.

Pihak Berkuasa Palestin, yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas, menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat.

Hamas, yang menggulingkan Pihak Berkuasa Palestin daripada kuasa di Gaza pada 2007, mengutuk keras tindakan AS menggunakan kuasa veto bagi menafikan hak Palestin menyertai PBB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini