comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban nahas kereta api di Greece meningkat 57 orang 

FOTO: REUTERS

ATHENS: Angka korban nahas kereta api di utara Greece meningkat kepada 57 orang dengan sekurang-kurangnya 10 lagi masih hilang.

Menurut Agensi Anadolu, anggota penyelamat dan bomba masih menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang terselamat selepas kereta api penumpang yang membawa lebih 350 orang itu bertembung dengan kereta api barang di bandar Tempi, berhampiran Larissa.

Ketua perkhidmatan forensik bandar Larissa, Rubini Leontari, berkata sekurang-kurangnya 14 lagi mayat rentung ditemukan semalam .

Beliau berkata beberapa gerabak terbakar dan dikhuatiri ramai mangsa yang terperangkap.

FOTO: REUTERS

Sekurang-kurangnya 72 penumpang yang cedera dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka telah discaj manakala enam lagi kritikal.

Mangsa termasuk sembilan pekerja kereta api dan pelajar universiti.

Pakar psikologi juga dihantar ke Hospital Besar Larissa untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa dan penumpang.   BERNAMA

Loading...
Terkini