comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kebakaran hutan ragut 1 nyawa di Greece

Foto: Reuters

GREECE: Sekurang-kurangnya seorang maut dalam kebakaran hutan yang melanda wilayah Evros.

Mayat lelaki malang itu ditemui di kawasan luar bandar dekat pekan pelabuhan Alexandroupolis semalam.

Ekoran bencana alam ini, pihak berkuasa mengeluarkan amaran wilayah itu berisiko tinggi terdedah kepada kebakaran baharu.

Dilaporkan sekitar 64 kebakaran belukar tercetus di seluruh Greece dalam tempoh 24 jam dengan arahan perpindahan turut dikeluarkan merangkumi beberapa kawasan kejiranan di Evros, bersempadan dengan Turki.

Kebakaran belukar sewaktu musim panas sering berlaku di Greece namun situasi menjadi lebih buruk ekoran cuaca ekstrem yang melanda dunia ketika ini.

Loading...
Terkini