comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban puting beliung meningkat

FOTO: REUTERS

AMERIKA SYARIKAT: Angka korban akibat ribut dan puting beliung di selatan dan barat Amerika Syarikat terus meningkat kepada 29 mangsa.

Jumlah itu dikhuatiri terus melonjak ekoran bencana berterusan.

Menurut Jabatan Polis Memphis, dalam kejadian terbaharu dua kanak-kanak dan seorang dewasa ditemui maut selepas ribut ganas menimpa beberapa kediaman.

FOTO: REUTERS

Manakala di McNairy County Tennessee, media melaporkan dua disahkan maut setelah tujuh korban dilaporkan pada Sabtu.

15 lagi kematian akibat ribut ganas, yang menjana puting beliung di beberapa kawasan sebelum ini dilaporkan di Arkansas, Illinois, Indiana, Delaware, Mississippi dan Alabama.

FOTO: REUTERS

Puluhan orang cedera selain banyak bangunan rosak dan musnah.

Rentetan bencana, presiden Joe Biden mengisytiharkan ‘bencana besar’ di Arkansas dan mengarahkan bantuan persekutuan digerakkan ke lokasi terjejas.

Sebelum ini, pusat ramalan ribut kebangsaan memberi amaran cuaca buruk di bahagian Texas utara dan timur laut di sekitar Dallas dan Fort Worth.

Loading...
Terkini