comscore
Tumpuan :
Dunia

Anwar hadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

LABUAN BAJO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 pagi tadi untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama dengan kumpulan serantau di sini hari ini.

Lapan Ketua Kerajaan dari 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak ini kecuali Myanmar yang tidak dijemput manakala Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei ini.

Pemimpin ASEAN akan menggunakan pertemuan dua hari itu untuk membincangkan beberapa isu penting bagi menggalakkan rantau yang lebih kuat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau dan menghadapi cabaran semasa.

Bertemakan “ASEAN Matters: Epicentrum of Growth”, Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN 2023 menyuarakan harapan badan serantau itu akan kekal sebagai pusat pertumbuhan serantau dan global.

ASEAN yang diasaskan pada 1967 dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Loading...
Terkini