comscore
Tumpuan :
Dunia

Bah di tengah Chile, dua maut dan 400 hilang tempat tinggal

Foto: Reuters

CHILE: Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian bah di tengah Chile yang berpunca daripada hujan lebat selain air turut melimpahi tebing sungai.

Menurut pihak berkuasa, tiga lagi mangsa masih hilang sementara 400 kehilangan tempat tinggal.

Banjir buruk dan jalanraya yang terputus hubungan menyukarkan pihak berkuasa untuk menyelamat mangsa.

Sebagai alternatif, mereka terpaksa menggunakan helikopter serta kayak.

Kerajaan Chile dalam pada itu telah menetapkan zon bencana dari wilayah Valparaiso ke BioBio.

Perubahan iklim mendorong kepada bencana alam yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Ribut di Chile ini disusuli hanya beberapa bulan selepas episod kebakaran belantara dan kemarau yang memusnahkan ratusan kediaman selain puluhan turut maut.

Loading...
Terkini