comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa 5.7 magnitud gegar sempadan Chile-Argentina

Foto Reuters

CHILE: Gempa berukuran 5.7 pada skala magnitud dilaporkan menggegar wilayah sempadan Chile-Argentina.

Menurut Pusat Kajian untuk Geosains Jerman, gempa itu dilaporkan berlaku pada kedalaman 112 kilometer.

Menerusi satu rakaman yang dikongsikan orang awam, barangan dalam rumahnya seperti lampu dan perhiasan bergoyang buat beberapa ketika.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan berkaitan kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa ini tidak menepati kriteria yang boleh mencetuskan tsunami.

Loading...
Terkini