comscore
Tumpuan :
Dunia

Bangunan runtuh, 5 maut, 8 masih hilang 

Pasukan penyelamat berusaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan di Recife, Pernambuco, Brazil. FOTO Reuters.

SAO PAULO: Lima terbunuh manakala lapan lagi masih hilang dalam runtuhan bangunan di timur laut Pernambuco, Brazil.

Menurut pihak berkuasa pertahanan awam, setakat 7 petang Jumaat, empat orang berjaya diselamatkan daripada sisa runtuhan bangunan di kejiranan Janga, pinggir ibu negeri Recife.

Kerajaan Pernambuco dalam kenyataan di media sosial berkata, lapan pasukan penyelamat dikerah ke lokasi selepas pertahanan awam dimaklum kejadian pada 6.35 pagi.

Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan runtuhan itu.

Recife, sebuah bandar pantai dengan kira-kira 1.5 juta penduduk, bergelut dengan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bandar dan wilayah metropolitannya diletakkan di bawah “keadaan berjaga-jaga” pada Jumaat, yang mewakili “risiko sederhana hingga tinggi,” kata kerajaan.

Loading...
Terkini