comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Negara-negara Amazon tandatangan perisytiharan kerjasama di Sidang Kemuncak Brazil

FOTO: Reuters

MEXICO CITY : Lapan negara Pertubuhan Perjanjian Kerjasama Amazon (ACTO) menandatangani deklarasi mengenai kerjasama di Lembangan Amazon bertujuan untuk pembangunan mampan rantau itu pada sidang kemuncak di Brazil, lapor Sputnik.

“Menyatukan usaha kerajaan pada peringkat tertinggi untuk mempromosikan program kerjasama baharu di Lembah Amazon, yang sedang dilaksanakan di bawah pembangunan mampan, pemeliharaan dan penggunaan lestari kepelbagaian biologi, hutan, dan sumber air yang mampan, , memerangi pembalakan haram dan aktiviti haram di kawasan itu, pembangunan ekonomi yang inklusif dan pendapatan serta mewujudkan peluang pekerjaan berdasarkan mekanisme penyertaan awam, terutamanya untuk komuniti orang asli dan tempatan dan tradisional, serta mengukuhkan ACTO,” mengikut dokumen yang disiarkan di laman sesawang kerajaan Brazil.

FOTO: Reuters

Antara perkara utama di dalam deklarasi itu ialah penubuhan persekutuan Amazon untuk memerangi penebangan hutan. Kerjasama adalah berdasarkan matlamat kebangsaan dalam bidang ini – khususnya di Brazil, matlamatnya adalah mencapai sifar pembalakan hutan menjelang 2030.

Brazil, Bolivia, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru, Suriname, dan Venezuela akan menubuhkan pusat kerjasama polis antarabangsa dan sistem kawalan trafik udara di bandar Manaus bagi memerangi trafik udara haram, pengedaran dadah, dan jenayah lain di rantau itu.  — BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini