comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir besar, penduduk Neuvo Leon dipindahkan guna helicopter

Foto: Reuters

NUEVO LEON: Penduduk di utara Mexico terus menanti pasukan penyelamat untuk dipindahkan dari penempatan di Nuevo Leon.

Beberapa helikopter digerakkan bagi membantu mangsa yang terkandas di kediaman.

Ia rentetan limpahan Sungai Santa Catarina menenggelamkan sebahagian besar lokasi itu sekaligus memutuskan laluan penghubung.

Menurut polis, setakat ini 40 orang telah diselamatkan manakala lebih 100 mangsa lagi masih terkandas di kediaman.

Pasukan penyelamat daerah berhampiran juga bersiap siaga untuk digerakkan dalam misi menyelamat.

Rakaman dron memaparkan kawasan di Huasteca Canyon musnah akibat ditenggelami banjir ekoran dilanda ribut Alberto.

Sehingga kini empat kematian direkodkan, dengan tiga daripadanya kanak-kanak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini