comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir buruk ragut 31 nyawa di Afghanistan, 41 hilang

FOTO: Reuters

KABUL : Sekurang-kurangnya 31 terbunuh manakala puluhan yang lain hilang dalam banjir buruk yang melanda Afghanistan sejak tiga hari lalu.

Jurucakap Taliban memaklumkan, 74 lagi penduduk cedera dengan 41 yang lain hilang di kawasan teruk terjejas di Kabul dan Maidan Wardak.

12 kematian dicatakan di Maidan Wardak susulan kenaikan paras air mendadak ketika kebanyakan mangsa sedang nyenyak tidur.

Ratusan kediaman penduduk musnah atau rosak dengan ramai mangsa dipercayai terperangkap di bawah sisa runtuhan kediaman.

Penduduk juga terpaksa menanggung kerugian selepas ratusan binatang ternakan mati selain kemusnahan tanam-tanaman.

Lebuh raya menghubungkan Kabul dengan wilayah tengah Bamiyan juga terpaksa ditutup susulan kenaikan paras air.

Ketika ini, pasukan kecemasan giat menjalankan oeprasi menyelamat dan membantu penduduk.

Pertubuhan Kebajikan juga digesa membantu penduduk yang terjejas. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini