comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir lumpur ragut 13 nyawa di Tajikistan

Foto : Reuters

DUSHANBE: Hujan lebat yang mencetuskan banjir lumpur meragut 13 nyawa di Tajikistan.

Kawasan teruk terjejas termasuk Rudaki, Varzobdan dan Sangvor

11 kematian dicatatkan di bandar Vahdat manakala lebih 100 isi rumah di empat perkampungan dipindahkan ke lokasi selamat.

Terdapat laporan kediaman dan kenderaan penduduk rosak susulan banjir lumpur di Tajik.

Daerah sama turut menyaksikan jalan raya, jambatan dan kemudahan infrastruktur lain mengalami kerosakan.

Presiden Emomali Rahmon dalam pada itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau mengarahkan agensi dan pihak berkaitan membantu keluarga terjejas. –

Loading...
Terkini