comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir ragut 38 nyawa di Kenya

FOTO: Reuters

KIAMBU: 38 terbunuh dalam banjir buruk yang melanda beberapa wilayah di Kenya.

Banjir sejak beberapa hari lalu turut memaksa lebih 11,000 penduduk berpindah.

Penduduk memberitahu, mereka terpaksa naik ke atas bumbung dan menanti untuk diselamatkan selepas terperangkap di kediaman masing-masing.

Ada  yang terpaksa menanggung kerugian selepas kediaman mereka musnah.

Malah ada juga yang terpaksa terpaksa berlindung di hospital atau di rumah sanak saudara.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Tempatan meramalkan taburan hujan lebat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Susulan itu, amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada penduduk.

Penduduk juga disaran agar berpindah ke kawasan lebih tinggi dan mengelakkan pemanduan ketika hujan lebat. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini