comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga emas antara 2 maut akibat strok haba di India

INDIA: Sekurang-kurangnya dua maut disyaki mengalami strok haba susulan cuaca panas melampau di Kerala.

Dalam laporan akhbar tempatan, mangsa yang maut ialah seorang wanita berusia 90 tahun dan seorang lelaki berusia 53 tahun

Media tempatan melaporkan, catatan suhu di negara itu melebihi paras normal dan meningkat kepada 41.9 darjah celsius.

Saintis berkata perubahan iklim menyumbang kepada gelombang haba yang lebih teruk dan lebih lama semasa musim panas.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran agar penduduk mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengehadkan aktiviti luar.

Dalam pada itu, ahli politik tempatan mengambil inisiatif dengan mengedarkan  buah-buahan segar, kelapa dan minuman sejuk bagi membantu orang ramai supaya kekal dalam suhu selesa. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini