comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir ragut 4 nyawa di Yemen

FOTO: Reuters

ADEN: Empat maut dalam kejadian banjir buruk yang melanda Yemen.

Kesemua mangsa disahkan maut selepas kenderaan mereka dihanyutkan arus deras di Lembah Ayeen.

Hadramout antara wilayah teruk terjejas menerima taburan hujan lebat selama lima hari.

Pihak berkuasa memberitahu, banjir menjejaskan ribuan penduduk di beberapa wilayah.

Pusat pemindahan sementara bagi penduduk juga turut mengalami kerosakan.

Yemen yang dilanda pergolakan sejak 2015 akibat perang diburukan lagi dengan krisis kemanusiaan menyaksikan hampir 400,000 penduduk terbunuh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini