comscore
Tumpuan :
Dunia

Bank Dunia lulus lebih RM514 juta pertingkat pendidikan Filipina

FOTO: Reuters

MANILA: AS$110 juta atau RM514.42 juta pinjaman diluluskan Bank Dunia bagi membiayai projek peningkatan kualiti pendidikan di selatan Filipina.

Menurut badan kewangan itu, hampir dua juta dari tadika hingga gred enam serta lebih 60,000 guru dan pentadbir sekolah di tiga wilayah miskin di barat Mindanao bakal mendapat manfaat daripada projek itu.

Program bimbingan akan menumpukan kepada usaha meningkatkan kemahiran literasi, numerasi dan sosioemosi untuk pelajar, terutama menekankan pembinaan keamanan, arahan sensitif jantina, iklim dan daya tahan bencana dan pendidikan inklusif.

Projek itu juga akan memberi peluang pembangunan profesional kepada guru dan pentadbir sekolah serta penyelia.

Pengarah Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiamé Diop, berkata projek itu sebahagian daripada sokongan berterusan pemberi pinjaman pelbagai hala untuk meningkatkan modal insan di Filipina.

Dalam dekad yang lalu, Filipina meningkatkan pelaburan dalam pendidikan asas dan menyaksikan peningkatan dalam enrolmen.

Bagaimanapun, hasil pembelajaran masih lemah ditambah pandemik COVID-19 yang meningkatkan cabaran.

Loading...
Terkini