comscore
Tumpuan :
Dunia

Bekas Gabenor optimis Jawa Timur jadi pusat ekonomi Indonesia

SURABAYA: Bekas gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa yakin bahawa Jawa Timur akan menjadi pusat ekonomi Indonesia kerana potensinya yang luas dalam sektor marin dan perikanan, lapor ANTARA.

Parawansa dalam satu kenyataan berkata Jawa Timur mempunyai enam pelabuhan: Tanjung Perak, Teluk Lamong, Tanjung Wangi, Boom Banyuwangi, Kalianget, dan Tanjung Tembaga di Probolinggo.

“Meningkatkan kapasiti dan perkhidmatan pelabuhan adalah penting untuk menyokong pengedaran logistik dari dan ke Jawa Timur serta pelbagai negara,” katanya.

Parawansa membuat kenyataan ini sempena Hari Pelabuhan Negara.

Beliau berkata, Indonesia terkenal sebagai sebuah negara maritim dengan banyak kapal berlabuh bagi menyokong pelbagai aktiviti ekonomi dan pelancongan.

Aktiviti ekonomi di Pelabuhan Tanjung Perak pula disokong oleh Pelabuhan Tanjung Tembaga, menjadikannya pintu masuk antara bandar dan pulau, kata Parawansa.

Pelabuhan Probolinggo akan menjadi pelabuhan antarabangsa pada masa depan kerana sudah mempunyai sijil Keselamatan Kemudahan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa (ISPS Code), katanya.  -BERNAMA-ANTARA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini