comscore
Tumpuan :
Dunia

Biden tetap bertanding pilihan raya akan datang – White House

Foto: Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Presiden negara itu pada 5 November depan.

Menurut Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre pada Rabu, Biden sama sekali tidak mempertimbangkan untuk berundur dalam proses demokrasi akan dating.

Jean-Pierre berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan sama ada terdapat sebarang pertimbangan lain yang akan mengubah keputusan Presiden itu berhubung penarikan diri daripada menyertai pilihan raya berkenaan menentang Donald Trump.

Bahkan, Jean-Pierre juga menegaskan, beliau “tidak boleh” menjelaskan keadaan yang akan mengubah fikiran Biden.

Secara berasingan, Jean-Pierre terus mempertahankan Biden dengan menyatakan pemimpin itu sentiasa mengutamakan dan memberi tumpuan terhadap rakyat negaranya.

Tambah Jean-Pierre, Presiden Biden akan meneruskan perdebatan di Camp David –meskipun berada dalam jadual padat dalam beberapa jam dan sehari selepas itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini