comscore
Tumpuan :
Dunia

Cetus bencana, 13 ditahan dan diheret ke muka pengadilan

Foto: Reuters

ATHENS: 13 kru sebuah kapal layar ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran hutan di Greece.

Agensi Berita Jerman, (DPA) melaporkan, kru berkenaan didakwa melakukan persembahan bunga api di pantai peranginan Pulau Hydra untuk menghiburkan tetamu.

Foto: Reuters

Namun malangnya percikan api mencetus kebakaran di kawasan hutan pokok pain.

Usaha suspek cuba memadamkan api gagal dan terpaksa menghubungi bomba dan beredar dari kawasan itu.

Foto: Reuters

Mereka yang berada dalam bot lain menyaksikan insiden itu dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut bomba, kesemua mereka yang ditahan akan dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, Datuk Bandar pulau berkenaan menzahir kemarahan dan dukacita susulan insiden melalui wawancara di televisyen.

Ujarnya, tidak kira apa tindakan kerajaan pusat, komuniti di pulau itu akan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Selain penalti sehingga berpuluh ribu Euro, tertuduh berdepan penjara maksimum 10 tahun meskipun kebakaran itu akibat kecuaian.

Bomba bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran hutan dengan bantuan helikopter.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini