comscore
Tumpuan :
Dunia

Chiang Mai dahului senarai bandar paling tercemar

CHIANG MAI: Kawasan tumpuan pelancong di Chiang Mai, Thailand mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia.

Menurut laman web pemantauan udara IQAir, bandar yang diselubungi jerebu itu menunjukkan tahap partikel udara PM2.5 mencecah lebih 35 kali garis panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keadaan itu turut diakui seorang peniaga tetap di Pasar Warorot di kota berkenaan, dengan mengatakan pencemaran udara waktu ini sangat tinggi, luar daripada kebiasaan.

Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, melawat pasar itu pada Jumaat, turut memakai pelitup muka ketika bergambar dengan orang ramai.

Tahap pencemaran yang tinggi kerap melanda kampung halaman Thaksin di Chiang Mai pada awal tahun, apabila petani melakukan pembakaran untuk membersihkan tanah, selain ditambah dengan kebakaran hutan serta asap ekzos.

Peningkatan kesedaran mengenai implikasi kesihatan mendorong beberapa tindakan kerajaan, dengan Kabinet Perdana Menteri, Srettha Thavisin meluluskan Akta Udara Bersih untuk menangani isu berkenaan, pada Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini