comscore
Tumpuan :
Dunia

China dan Arab Saudi sepakat mahu resolusi segera konflik Palestin-Israel

HINA: Menteri luar China, Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya di Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud berkaitan konflik Palestin-Israel.

Menerusi perbualan telefon, Faisal berterima kasih kepada China di atas usaha republik itu dalam menegakkan keadilan selain sokongannya terhadap resolusi negara Arab.

Beliau dalam pada itu turut menghargai peranan China dalam menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk mengambil tindakan.

Arab Saudi menggesa gencatan senjata segera bagi memastikan bantuan kemanusiaan berjaya dibawa masuk ke Gaza.

Menurut Wang, resolusi yang dicapai minggu lalu pada sidang tergempar Perhimpunan Agung PBB mencerminkan gesaan keras masyarakat antarabangsa dan China dengan lantangya menyokong resolusi itu.

China akan terus melakukan yang terbaik bagi mencapai kedamaian, mendorong UNSC menunaikan tanggung jawabnya, selain membantu meredakan krisis dan melindungi hak sah rakyat Palestin.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini