comscore
Tumpuan :
Dunia

Cuaca buruk ragut 20 nyawa di Nepal

FOTO: Reuters

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh akibat cuaca buruk yang melanda Nepal.

11 maut akibat tanah runtuh dan banjir kilat manakala 9 yang lain maut akibat panahan petir.

Runtuhan tanah mengakibatkan tiga rumah ranap di daerah Lamjung di Kathmandu.

Mangsa yang maut termasuk dua kanak-kanak.

Di Daerah Morang pula yang terletak kira-kira 500 kilometer dari Kathmandu, banjir meragut empat nyawa.

Tiga kematian dilaporkan akibat runtuhan tanah di daerah Kaski.

Ratusan penduduk dilaporkan maut setiap tahun akibat banjir dan tanah runtuh di kawasan pergunungan Nepal ketika musim monsun bermula pertengahan Jun hingga September. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini