comscore
Tumpuan :
Dunia

Cubaan menahan bekas Perdana Menteri Pakistan gagal

ISLAMABAD: Beberapa anggota polis dikatakan cuba untuk memberkas bekas Perdana Menteri, Imran Khan, yang berdepan beberapa kes undang-undang gara-gara menekan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

Pegawai polis Islamabad tiba di kediaman Imran di timur bandar Lahore namun gagal berbuat demikian setelah dikelilingi ratusan penyokong.

Waran penahanan dikeluarkan selepas Imran gagal hadir di mahkamah atas satu kes rasuah pada 28 Februari.

Imran dituduh gagal mengisytiharkan hadiah yang diterimanya ketika menjadi Perdana Menteri atau keuntungan setelah menjual barangan itu.

Sementara itu, naib pengerusi Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan yang diwakili Imran memberitahu pemberita pihaknya ada menerima notis daripada polis Islamabad.

Namun, beliau mendakwa notis itu tidak tertera sebarang perintah untuk penahanan.

Imran yang ditembak di bahagian kaki semasa perhimpunan tahun lalu, didakwa cuba mengganggu kancah politik di negara Asia Selatan itu sejak dipecat sebagai perdana menteri menerusi undi tidak percaya, April tahun lalu. — SUMBER AFP

Loading...
Terkini