comscore
Tumpuan :
Dunia

Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan

Foto: Reuters

JOHANNESBURG: Cyril Ramaphosa dipilih semula oleh Ahli Parlimen Afrika Selatan sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua pada sidang pertama badan perundangan.

Lapor Agensi Anadolu, Ramaphosa, 71 tahun, ketua parti African National Congress (ANC), menerima 283 undi mengalahkan Julius Malema dari parti Economic Freedom Fighters (EFF), yang memperoleh 44 undi.

ANC, yang pernah dipimpin oleh ikon global Nelson Mandela, mendominasi politik Afrika Selatan sejak tiga dekad sebelum kehilangan majoriti dalam pilihan raya nasional pada 29 Mei.

ANC mempunyai 159 Ahli Parlimen dalam Dewan Negara yang mempunyai 400 kerusi, menjadikan sukar untuk parti itu membentuk kerajaan sendiri.

Justeru, ia mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional.

Terdahulu pada Jumaat, ANC mencapai perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional dengan parti Democratic Alliance (DA), Patriotic Alliance (PA) dan Inkatha Freedom Party (IFP).

Ramaphosa menzahir penghargaan kepada Ahli Parlimen yang mengundinya dan berjanji untuk bekerja dan berkhidmat kepada semua rakyat Afrika Selatan.

Malema sementara itu mengucapkan tahniah kepada Ramaphosa atas pemilihan semulanya dan berkata partinya akan memastikan parlimen berfungsi selain akan menjadi pembangkang yang lantang bagi memeriksa eksekutif.

Loading...
Terkini