comscore
Tumpuan :
Dunia

Drama bersiri One Piece bakal ditayangkan di Netflix

TOKYO: Selepas menempa kejayaan demi kejayaan dan populariti yang tiada bandingnya, siri manga Jepun paling terkenal di dunia, One Piece bakal diterbitkan secara bersiri dan akan ditayangkan di platform strim digital, Netflix.

Siri manga popular terbabit yang mula diterbitkan pada 22 Julai 1997, kini menjadi salah sebuah manga paling aktif diterbitkan di dunia dengan lebih 1,000 episod anime disiarkan.

Menurut media tempatan, perkara itu disambut baik seluruh peminat siri yang cukup dikenali menerusi karekter utamanya, Monkey D Luffy.

Siri drama aksi One Piece yang bakal ditayangkan dalam tahun ini menampilkan beberapa pelakon utama seperti Inaki Godoy yang akan melakonkan watak Monkey D Luffy, Emily Rudd sebagai Nami dan juga pelakon kacukan Jepun-Amerika, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro.

Manga berkenaan mengisahkan pengembaraan lanun bernama Monkey D Luffy bersama rakan-rakannya dalam mencari harta karun bersejarah dan mendapat pengiktirafan selaku raja lanun di seluruh lokasi yang dijelajahinya.

Selain One Piece, syarikat Netflix juga dilaporkan mencapai persetujuan kerjasama dengan Pokemon, sebuah lagi siri animasi Jepun yang terkenal di dunia pada bulan lalu. — SUMBER AP

Loading...
Terkini