comscore
Tumpuan :
Dunia

Dron terhempas di Laut Hitam: A.S dakwa ada cubaan tentera Rusia jatuhkan dron miliknya

LAUT HITAM: Sebuah dron milik Amerika Syarikat dilaporkan terhempas setelah dipintas jet pejuang tentera Rusia di perairan Laut Hitam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Pentagon, tentera A.S terpaksa menjatuhkan dron pemantau MQ 9 Reaper miliknya setelah kipas dron berkenaan rosak akibat dirempuh salah sebuah jet Rusia.

Washington turut mendakwa jet pejuang Rusia sengaja mencurah minyak ke atas dron terbabit dalam cubaannya untuk membuat dron itu hilang kawalan.

Sementara itu, Moscow dalam satu kenyataan balas menerusi kementerian pertahanannya mendakwa dron berkenaan terbang di perairan Semenanjung Crimea di Laut Hitam dan menghampiri sempadannya.

Kenyataan terbabit turut menafikan jet miliknya menjadi punca dron itu terhempas, sebaliknya dron berkenaan hilang kawalan sebaik dihampiri dua jet Rusia yang dihantar lalu terhempas.

Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Negara, Ned Price memaklumkan tindakan Rusia berkenaan jelas mencabuli perundangan antarabangsa dan duta Rusia sudah dipanggil bagi memberi penjelasan lanjut mengenainya. — SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini