comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua diplomat AS diisytihar persona non grata

Foto fail bandar Moscow

MOSCOW: Rusia mengusir dua diplomat kanan Amerika Syarikat (AS) dari kedutaan AS di Moscow pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Setiausaha pertama dan kedua kedutaan diisytihar sebagai persona non grata dan mesti meninggalkan negara itu dalam tempoh tujuh hari, kementerian luar Rusia mengumumkan di laman sesawangnya.

Kedua-duanya dituduh melakukan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Rusia, sambil mendakwa mereka merekrut seorang warganegara Rusia untuk memperoleh maklumat rahsia sehingga menjejaskan keselamatan Rusia.

Duta Besar AS, Lynne Tracy turut dipanggil ke Kementerian Luar di Moscow untuk dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Pada akhir Ogos, perkhidmatan rahsia FSB Rusia menahan seorang bekas pekerja negara itu di konsulat AS di Vladivostok.

Pihak berkuasa menuduh lelaki itu antara lain mengumpul maklumat mengenai perang Rusia di Ukraine dan menyampaikannya kepada kedutaan AS. – BERNAMA

Loading...
Terkini