comscore
Tumpuan :
Dunia

Kekejaman Israel: 2 warga emas antara 10 maut, 102 cedera 

FOTO : AFP

Dua warga emas antara 10 terbunuh dalam keganasan terbaharu tentera rejim Israel di Tebing  Barat.

Ketegangan tercetus selepas tentera rejim menyerbu sebuah kawasan di Nablus bagi memberi bantuan ke atas operasi tentera terdahulu di kawasan terbabit.

Pertembungan belia dan pejuang pembebasan Palestin dengan tentera Israel kemudiannya mengakibatkan lebih 100 yang lain cedera.

Mangsa digegaskan ke beberapa hospital di sekitar Nablus untuk rawatan lanjut.

Kira-kira 250 yang lain mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan di lokasi kejadian oleh pasukan Bulan Sabit Merah.

Dalam satu lagi insiden di Nablus tentera rejim turut bertindak kejam mengepung sebuah rumah milik pejuang Palestin lalu membakarnya.

Insiden mengakibatkan dua pejuang Palestin terbunuh selain kemusnahan sebahagian besar rumah terbabit.  – PALINFO

Loading...
Terkini