comscore
Tumpuan :
Dunia

Edward Snowden dapat pasport Rusia

FOTO : AFP

WASHINGTON: Moscow telah memberikan pasport Rusia kepada Edward Snowden, lapor United Press International (UPI), memetik peguamnya pada Jumaat.

Bekas kontraktor perisikan berusia 39 tahun yang membocorkan maklumat sulit pada 2013 telah diberikan kerakyatan Rusia oleh Presiden Vladimir Putin pada September.

Edward Snowden bakal menghadapi tuduhan pengintipan dan berdepan hukuman 30 tahun penjara di Amerika Syarikat jika dia kembali.

“Edward menerima pasport Rusia semalam dan mengangkat sumpah mengikut undang-undang,” kata peguamnya Anatoly Kucherena, menurut Agensi Berita Interfax Rusia.

Selepas membocorkan maklumat sulit, bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara itu melarikan diri ke Hong Kong sebelum tinggal di Rusia sejak Jun 2013 dan dilaporkan bekerja untuk sebuah syarikat IT Rusia.

Edward Snowden dan isterinya memohon kerakyatan Rusia pada November 2020, sebulan selepas diberikan pemastautin tetap. – BERNAMA

Loading...
Terkini