comscore
Tumpuan :
Dunia

Elon Musk sahkan jadi CEO Twitter

Elon Musk. – FOTO: AFP

LOS ANGELES: Bilionair Elon Musk mengesahkan beliau akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, syarikat media sosial yang baru-baru ini diambil alihnya dengan harga AS$44 bilion (kira-kira RM208 bilion).

Langkah itu dibuat selepas Musk, yang juga mengendalikan Tesla dan SpaceX, memecat Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Parag Agrawal dan pegawai syarikat tertinggi lain minggu lalu.

Musk juga menukar bio Twitternya kepada ‘Chief Twit’ dalam tanda yang merujuk kepada langkah itu.

Sejak itu, Musk bergerak pantas untuk mula membuat perubahan di syarikat itu, yang selama berbulan-bulan dikritik berikutan lambat memperkenalkan perubahan produk atau mengalih keluar akaun spam.

Pasukan Musk mula bertemu dengan beberapa pekerja untuk menyiasat kod perisian Twitter dan memahami bagaimana aspek platform berfungsi, menurut dua sumber yang biasa dengan perkara itu.

Beberapa kakitangan yang bercakap dengan Reuters berkata, mereka menerima sedikit komunikasi daripada Musk atau pemimpin lain dan menggunakan laporan berita untuk mengetahui apa yang berlaku di syarikat itu. – REUTERS

Loading...
Terkini