comscore
Tumpuan :
Dunia

Elon Musk tawar Starlink untuk akses internet di Gaza

Foto: Reuters

SAN FRANCISCO: Jutawan Elon Musk, menawarkan perkhidmatan satelit Starlink untuk menyambung Internet Gaza, Palestin yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat konflik Hamas-Israel.

Musk berkata, Starlink SpaceX akan menyokong hubungan komunikasi di Gaza untuk organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa.

“Tiada terminal untuk sambungan komunikasi di Gaza.

“Starlink akan memberi sokongan kepada sambungan komunikasi kepada agensi bantuan di Gaza,” katanya menerusi platform X, semalam.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata, Israel akan menggunakan apa saja cara bagi menentang keputusan Musk itu.

“Hamas akan menggunakannya untuk aktiviti pengganas.

“Musk sepatutnya menyalurkan sokongan dan bantuan untuk pembebasan bayi, anak-anak dan warga emas yang diculik.

“Pejabat saya akan memutuskan sebarang hubungan dengan Starlink,” katanya. -REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini