comscore
Tumpuan :
Dunia

Enam orang awam maut dalam serangan di Donetsk

FOTO: REUTERS

DONETSK, Ukraine: Enam orang awam maut dalam serangan ke atas bandar Krytyi Rynok .

Datuk Bandar Alexander Kulemzin melalui saluran Telegramnya berkata, bandar itu dihujani bedilan roket dan artileri.

Sasaran termasuk rumah, pasar, pusat beli belah, gereja dan kemudahan lain.

Turut musnah beberapa kenderaan penduduk yang diparkir berdekatan lokasi serangan.

Media antarabangsa turut melaporkan kejadian kebakaran di sekitar kawasan itu.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa

Menurut pihak berkuasa tempatan pro-Rusia, serangan dipercayai didalangi Pasukan Ketenteraan UKraine.

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal oleh pihak berkuasa Ukraine. – REUTERS

Loading...
Terkini