comscore
Tumpuan :
Dunia

Gagal isytihar saham isteri, PM UK disiasat

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak kini disiasat oleh pihak berkuasa pengawasan parlimen negara itu.

Siasatan berhubung kegagalan mengisytiharkan saham yang dipegang isterinya, Akshata Murty dalam agensi yang mendapat manfaat daripada belanjawan kerajaan baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pematuhan Parlimen, Daniel Greenberg berkata Murty, mempunyai saham dalam Koru Kids yang disenaraikan dalam laman web kerajaan sebagai salah satu daripada enam agensi yang memperoleh manfaat.

Sementara itu, jurucakap Sunak berkata, perdana menteri tidak membuat pengisytiharan sebagai ahli parlimen tetapi telah merekodkan “kepentingan menteri” iaitu pengisytiharan yang setara bagi menteri kerajaan.

Peraturan pihak berkuasa UK menuntut setiap “ahli parlimen perlu sentiasa terbuka dan jujur dalam mengisytiharkan sebarang kepentingan yang berkaitan dalam mana-mana prosiding di dewan atau jawatankuasa.

Loading...
Terkini