comscore
Tumpuan :
Dunia

PM Britain gemar lempeng Hiroshima

JEPUN: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak secara terbuka mengakui menggemari lempeng Jepun atau okonomiyaki yang dihasilkan di Hiroshima.

Bagi yang belum biasa, okonomiyaki terdiri daripada campuran adunan mee, kobis, telur dan daging.

Menurut Sunak, okonomiyaki Hiroshima adalah antara yang terbaik dan tiada sebab untuk beliau tidak bersetuju dengan perkara itu.

Tambah Sunak lagi, keistimewaan lempeng Hiroshima itu dimaklumkan kepada beliau oleh Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Ia dipercayai dilakukan Kishida ketika menjadi tuan rumah mesyuarat Kumpulan 7 (G7) di Hiroshima, Ahad lalu.

Kishida yang mewakili Hiroshima dalam dewan rendah Jepun memberitahunya bahawa Hiroshima mempunyai cara berbeza dalam membuat okonomiyaki berbanding wilayah lain di Jepun seperti Tokyo dan Osaka.

Loading...
Terkini