comscore
Tumpuan :
Dunia

Gelar Palestin ‘pengganas’, Netanyahu persiap bala tentera lancar serangan darat ke Gaza

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Menggelar rakyat Palestin ‘pengganas’, rejim Israel ketika ini giat mempersiap bala tenteranya untuk melancarkan serangan darat ke Semenanjung Gaza, dedah Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri Israel itu, masa atau maklumat lanjut mengenai operasi yang dikritik banyak pihak itu adalah sulit.

Menurut Netanyahu, keputusan bila masanya untuk melancarkan serangan darat ke atas wilayah Palestin yang ingin ditakluki Israel itu akan dibuat oleh Kabinet Perang Israel.

Katanya dalam satu siaran langsung televisyen, rejim telah membunuh ribuan ‘pengganas’ dan ini hanya permulaan.

Tambahnya lagi, butiran lanjut berkenaan persiapan dilakukan tidak akan didedah, dengan sebahagian besar tidak diketahui masyarakat dan ia seharusnya begitu seharusnya.

Sejak 7 Oktober lalu serangan termasuk bedilan dilancarkan Israel ke atas Gaza telah mengorbankan hampir 8,000 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini