comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi 4.9 skala richter di Haiti ragut empat nyawa

Foto: reuters

PORT-AU-PRINCE : Belum pun reda bencana banjir yang melanda Haiti, negara itu ditimpa pula gempa bumi kuat yang meragut empat nyawa dan mencederakan puluhan yang lain

Ia sekali gus menjadikan angka korban bencana di negara itu melebihi 50 orang

Gempa 4.9 skala richter dikesan kira-kira 9 kilometer dari pesisir pantai Grand’Anse pada jam 5 pagi

Pasukan Palang Merah sedang giat menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa

Tiga mangsa dari sebuah keluarga disahkan meninggal dunia akibat dihempap runtuhan rumah

36 penduduk lain yang cedera diberi rawatan di hospital.

Jumlah mangsa dijangka akan terus meningkat sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan.  – REUTERS

Loading...
Terkini