comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir akibatkan kerugian RM1 bilion – TPM

DUNGUN: Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) masih menilai jumlah sebenar kerosakan yang dialami akibat bencana itu.

Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada wakil anak-anak yatim wilayah KETENGAH sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan di Dungun, hari ini. – FOTO: NSTP

“Secara kasar, kita menganggarkan kerosakan keseluruhan mungkin hampir RM1 bilion,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Sultan Mahmud di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Datuk Seri Ahmad Said.Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata jumlah kerugian termasuk kerosakan infrastruktur seperti jalan persekutuan yang sedang dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya dan jalan di luar bandar oleh KKDW.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini