comscore
Tumpuan :
Dunia

Hanya 4 peratus bantuan memasuki Gaza – Agensi PBB

Reuters melaporkan, tidak lama selepas konvoi kedua memasuki Rafah, kereta kebal Israel didakwa melepaskan tembakan yang mengena sempadan Mesir. – Foto: Reuters

GAZA: Konvoi kedua sebanyak 14 trak yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin sudah memasuki wilayah Gaza menerusi pintu sempadan Rafah, semalam.

Bagaimanapun, Reuters melaporkan, tidak lama selepas konvoi kedua yang membabitkan 14 trak memasuki Rafah, satu daripada kereta kebal Israel didakwa melepaskan tembakan yang mengena sempadan Mesir.

Tentera rejim Zionis memberi alasan tindakan itu tidak disengajakan.

Jurucakap tentera Mesir berkata, tembakan menyebabkan beberapa pengawal sempadannya cedera.

Menurut media Mesir yang dilapor Anadolu, pintu sempadan itu dibuka selama dua hari berturut-turut dengan konvoi pertama membabitkan 20 trak memasuki wilayah pada Sabtu.

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu, jumlah bantuan yang memasuki Gaza setakat ini baru empat peratus daripada purata harian sebelum perang.

Jumlah itu sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan bagi menambah makanan, air, ubat-ubatan dan stok bahan api yang kehabisan.

Penghantaran bantuan kemanusiaan itu bermula selepas rundingan selama beberapa hari sejak konflik meletus antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 4,651 rakyat Palestin terkorban akibat serangan rejim Zionis, manakala kira-kira 1,400 penduduk Israel maut dalam serangan mengejut Hamas.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini