comscore
Tumpuan :
Dunia

Helikopter dinaiki pasukan polis terhempas di Kerinci 

Foto: BASARNAS

INDONESIA : Sepasukan lapan anggota polis berdepan detik cemas selepas helikopter dinaiki terhempas di Kerinci, wilayah Jambi.

Visual sempat dirakam pasukan penyelamat gabungan polis, tentera dan Pasukan Penyelamat Basarnas yang menemui lokasi nahas kira-kira jam 7.40 pagi tadi,

Operasi menyelamat turut melibatkan empat jentera helikopter dan 17 kru termasuk doktor.

Foto: BASARNAS

Bantuan berupa selimut dan makanan turut dibawa sementara menanti operasi menyelamat selesai dilakukan

Usaha membawa mangsa giat dilakukan dengan membersihkan sekitar lokasi nahas bagi membawa mangsa keluar dengan helikopter.

Pemindahan mangsa bagaimanapun berdepan kesukaran susulan kabus tebal.

Usaha susulan bagaimanapun akan dilakukan kemudian selepas keadaan beransur reda.

Foto: BASARNAS

Ketika kejadian, helikopter terbabit dalam perjalanan membawa sepasukan polis yang dalam rangka kerja dari Jambi menuju ke Kerinci dan Kota Sungaipenuh sebelum terhempas di kawasan berbukit di daerah Tamiai. – ANTARANEWS / BASARNAS

Loading...
Terkini