comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga budak cemas terperangkap kepala air diselamatkan

Oleh: Safwan Sawi

RANAU: Tiga kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas, apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Liwagu, Kampung Puru-Puru, di sini, hari ini.

Semasa kejadian, kesemua mereka yang berusia 12 tahun dipercayai sedang mandi, sebelum berlaku kejadian kepala air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang.

Seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati tiga kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai.

“Pasukan bomba membuat penyelamatan dengan memakaikan jaket keselamatan dan menggunakan tali, memindahkan mangsa ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada 3.35 petang,” katanya.

Loading...
Terkini