comscore
Tumpuan :
Dunia

IATA gesa tangani penumpang penerbangan tidak terkawal.

Foto: reuters

Persatuan pengangkutan udara antarabangsa, iata mahu lebih banyak negara mengambil langkah wajar untuk mendakwa penumpang yang tidak terkawal di bawah Montreal Protocol 2014 (MP14).

Menurut IATA, angka terkini menunjukkan bahawa terdapat satu insiden tidak terkawal yang dilaporkan untuk setiap 568 penerbangan pada 2022.

Angka itu sekaligus menunjukkan peningkatan satu bagi setiap 835 penerbangan pada 2021.

Foto: reuters

Pelanggaran yang kerap berlaku pada 2022 ialah ketidakpatuhan, penderaan lisan dan mabuk.

Insiden penderaan fizikal kekal amat jarang berlaku namun mencatat peningkatan sebanyak 61 peratus berbanding 2021, yang berlaku sekali untuk setiap 17,200 penerbangan.

Menurut IATA, trend peningkatan insiden penumpang yang tidak terkawal ‘membimbangkan’.

Dan kejadian umpama itu disifatkan tidak adil dan menafikan hak penumpang dan kru pesawat yang sepatutnya melalui pengalaman selamat dan lancar di dalam pesawat.

Menurut IATA, beberapa negara sedang meratifikasi MP14 dan memperhalusi langkah penguatkuasaan dan memberi mesej pencegahan yang jelas, sekaligus menunjukkan kesediaan untuk mendakwa tingkah laku penumpang tidak terkawal.

Loading...
Terkini