comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

IATA perkenal standard pendigitalan kebolehterimaan, peruncitan moden syarikat penerbangan

Naib Presiden Kanan Keselamatan IATA, Nick Careen.

Oleh Suzila Idayu Yaacob

GENEVA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pengalaman digital pengembara.

Program yang dibangunkan selari dengan standard industri bertujuan agar pengembara yang tiba di lapangan terbang bersedia untuk terbang lebih dekat kepada realiti menerusi Amalan Disyorkan mengenai Pendigitalan Kebolehterimaan sekali gus tidak perlu berhenti di meja daftar masuk atau pintu perlepasan untuk pemeriksaan dokumen.

Standard Pendigitalan Kebolehterimaan itu akan meningkatkan realisasi One ID melalui satu mekanisme untuk penumpang mendapatkan semua kebenaran yang diperlukan sebelum perjalanan, secara digital daripada kerajaan sebelum melakukan perjalanan.

Naib Presiden Kanan Keselamatan IATA, Nick Careen berkata, Tinjauan Penumpang Global IATA baru-baru ini mendapati 83 peratus daripada pengembara bersedia untuk berkongsi maklumat imigresen untuk mempercepat proses.

Katanya, beberapa program telah diguna pakai di pelbagai lapangan terbang yang membolehkan pengembara melaksanakan proses-proses di lapangan terbang seperti berlepas tanpa memerlukan dokumentasi yang dicetak berikutan pas masuk mereka dihubungkan dengan pengenal pasti biometrik.

“Bagaimanapun, dalam kebanyakan situasi, pengembara masih perlu membuktikan kebolehterimaan mereka di meja daftar masuk atau pintu perlepasan menerusi pemeriksaan fizikal dokumen bercetak seperti pasport, visa dan akuan kesihatan,” katanya ketika pembentangan sesi petang pada Hari Media Global IATA.

IATA turut mewujudkan program Peruncitan Moden Syarikat Penerbangan untuk meningkatkan penciptaan nilai industri penerbangan melalui transformasi yang akan disegerakan oleh konsortium pengguna syarikat penerbangan termaju.

“Melalui kekuatan konsortium global syarikat penerbangan terkemuka, kita akan menyaksikan transformasi yang disegerakan dan menyeluruh dari segi pengalaman pelanggan,” katanya.

Konsortium itu merangkumi American Airlines, Air France-KLM, British Airways, Emirates, Finnair, Iberia, Lufthansa Group, Oman Air, Singapore Airlines dan Xiamen Airlines.

Loading...
Terkini