comscore
Tumpuan :
Dunia

Imran Khan dihalang berpolitik 5 tahun

Foto Reuters

PAKISTAN: Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan yang telah disabitkan dan dihukum penjara atas tuduhan rasuah dihalang terbabit dalam politik selama lima tahun.

Perintah rasmi terbaharu itu dikeluarkan suruhanjaya pilihan raya negara itu.

Perkembangan itu disahkan seorang pegawai kanan suruhanjaya yang menjelaskan Imran hilang kelayakan sejajar sabitan kesalahannya.

Sehubungan itu kawasan pilihanraya yang diwakilinya diisytiharkan kosong.

Di bawah undang-undang Pakistan, seseorang yang disabitkan bersalah tidak boleh bertanding untuk mana-mana jawatan awam dalam tempoh yang ditetapkan suruhanjaya.

Tempoh itu boleh mencapai maksimum lima tahun bermula dari tarikh sabitan.

Sementara itu wakil Imran menafikan sebarang salah laku dan memaklumkan parti akan mencabar kehilangan kelayakan itu di mahkamah tinggi.

Loading...
Terkini