comscore
Tumpuan :
Dunia

Maryam Nawaz Sharif dilantik ketua menteri wanita pertama Punjab, Pakistan

Maryam muncul wanita pertama dilantik sebagai ketua menteri di Pakistan. FOTO: Reuters

ISLAMABAD: Naib Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz, Maryam Nawaz Sharif dilantik sebagai Ketua Menteri Punjab timur Pakistan.

Ia menjadikan beliau wanita pertama dilantik sebagai ketua menteri di Pakistan.

Lebih mengejutkan apabila jawatan Ketua Menteri Punjab sering dianggap sebagai batu lonjatan untuk mana-mana bakal Perdana Menteri Pakistan.

Hasil pemilihan mendapati Maryam, 50, anak perempuan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif memperoleh 220 undi daripada 371 kerusi persidangan wilayah itu.

Parti pembangkang, Majlis Ittehad Sunni pimpinan seorang lagi bekas perdana menteri yang kini dipenjara, Imran Khan memboikot pemilihan itu.

Selepas pelantikannya, Maryam dalam ucapannya di sidang dewan berikrar untuk meningkatkan projek pembangunan, membawa pembaharuan dalam bidang kesihatan dan pertanian serta memudahkan sektor perniagaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini