comscore
Tumpuan :
Dunia

Insiden jambatan runtuh, Ketua Menteri didesak letak jawatan

 

NEW DELHI: Tunjuk perasaan dilancarkan sekumpulan penduduk di New Delhi, India menggesa Ketua Menteri Gujarat meletak jawatan susulan insiden jambatan runtuh yang meragut lebih 150 nyawa.

Menurut salah seorang peserta bantahan, pemimpin terbabit perlu bertanggungjawab terhadap nyawa kesemua korban termasuk ahli keluarga mangsa.

Syarikat pembinaan yang melakukan ubahsuai dan penyelenggaraan jambatan juga dipersalahkan ekoran tiada pemakluman dikeluarkan untuk pembukaan semula jambatan itu.

Foto: Reuters Connect

Menurut Pejabat Perbandaran Morbi, sijil kesihatan dan kebenaran boleh guna juga tidak dikeluarkan syarikat tersebut, namun ia telah dibuka dan digunakan.

Sembilan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan jambatan itu telah ditahan dan kini disoal siasat.

Mereka juga disiasat kerana memberi kebenaran terlalu ramai pengunjung berada di laluan itu pada satu masa.

Kesemua mereka boleh didakwa menyebabkan kematian beramai-ramai.

Loading...
Terkini