comscore
Tumpuan :
Dunia

Susulan Insiden Jambatan Runtuh Di Gujarat, India, 9 Individu Ditahan

FOTO: REUTERS

GUJARAT: Susulan runtuhan jambatan di barat India yang meragut sekurang-kurangnya 137 nyawa, pihak berkuasa Gujarat memaklumkan sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Menurut kenyataan oleh pegawai kanan polis Morbi, kesemua individu yang ditahan itu didakwa berkhidmat dengan syarikat yang menyelenggara jambatan berkenaan.

Rakaman CCTV menunjukkan jambatan berusia 150 tahun itu bergoyang sebelum runtuh.

Jambatan berkenaan dikatakan baharu dibuka kepada umum beberapa hari selepas proses baik pulih tamat.

Setakat semalam, angka mangsa korban yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Gujarat meningkat kepada 137 orang dengan 50 daripadanya adalah kanak-kanak. -AFP

Loading...
Terkini