comscore
Tumpuan :
Dunia

Iran beri amaran, salahkan Israel dan A.S.

FOTO: Reuters

IRAN: Iran dalam pada itu dengan tegas menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat susulan serangan bom berkembar itu.

Presidennya Ebrahim Raisi memberi amaran, rejim zionis itu perlu ‘membayar harga yang mahal’ terhadap setiap jenayah dilakukan mereka.

Ucapan itu disiarkan stesen televisyen tempatan.

Tambah beliau hukuman yang akan dikenakan ke atas Israel juga sesuatu yang akan dikesali dan berat.

Dua letupan itu dilabelkan sebagai serangan pengganas oleh media tempatan dan pihak berkuasa serantau.

Serangan berdarah semalam berlaku ketika orang ramai hadir memperingati empat tahun kematian jeneral pengawal revolusi Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan oleh Amerika Syarikat.

Ia berlaku di tengah-tengah ketegangan Asia Barat yang makin memuncak di Gaza dan pembunuhan pemimpin kanan Hamas di Lubnan.

Perkembangan terbaru itu mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas di rantau itu yang berisiko mencetuskan perang dan mengganggu gugat pasaran ekonomi dunia.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini