comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel lakukan jenayah kemanusiaan di Gaza – Laporan siasatan PBB

Foto: Reuters

GAZA: Rejim Zionis didapati melakukan jenayah kemanusiaan termasuk pemusnahan di Gaza.

Pendedahan itu berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia adalah penyiasatan mendalam pertama oleh pakar PBB membabitkan perang Israel-Palestin.

Laporan itu menyatakan bahawa serangan meluas Israel disasarkan ke atas penduduk awam di Gaza.

Di Tebing Barat, tentera Israel didapati melakukan tindakan keganasan seksual dan penyeksaan.

Pakar penyiasat turut mendakwa rejim Zionis mencabuli undang-undang antarabangsa yang lain.

Dalam pada itu, negara haram Israel bagaimanapun menafikan laporan terbabit.

Selain menyifatkan Suruhanjaya Siasatan Bebas PBB sebagai diskriminasi anti-Israel yang sistematik.

Laporan berkenaan dijangka dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, minggu depan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini