comscore
Tumpuan :
Dunia

Jerman akan lancar pelan pencegahan baharu tangani gelombang haba

Foto: Reuters

BERLIN: Jerman bakal melancarkan pelan pencegahan baharu untuk berdepan gelombang haba melampau yang dijangkakan berlaku pada musim panas ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach berkata terdapat beribu-ribu kematian berkaitan haba setiap tahun yang bukan sahaja memberikan risiko kepada warga emas, tetapi juga wanita hamil, mereka yang menghidap penyakit kronik dan gelandangan.

Lauterbach akan mengadakan rundingan dengan wakil industri penjagaan, profesional perubatan dan pakar-pakar yang lain pada minggu ini.

Beliau berkata pelan itu merangkumi langkah-langkah pencegahan, termasuk amaran sebelum berlakunya gelombang haba, menerusi pemberitahuan di radio, televisyen dan telefon bimbit.

Portal dalam talian baharu telah pun dilancarkan, membolehkan majlis perbandaran memaklumkan kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri.

Menurut Perikatan Perubahan Iklim dan Kesihatan, Persatuan Perubatan dan Majlis Kejururawatan, sejumlah 4,500 orang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau pada 2022.

Pada 2018, terdapat sebanyak 8,700 kematian berkaitan dengan gelombang haba dilaporkan di Jerman. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini