comscore
Tumpuan :
Dunia

Jet pejuang hilang ditemui selepas 24 jam

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS), memaklumkan berjaya menemui serpihan jet pejuang Stealth F-35, yang hilang kelmarin.

Dalam satu kenyataan disahkan serpihan dari F-35 itu ditemui di Williamsburg County, Carolina Selatan, berhampiran timur laut Pangkalan Bersama Charleston (JBC).

“Penduduk tempatan perlu menjauhi kawasan itu kerana pasukan operasi sedang menyiasat lokasi yang ada serpihan,” kata kenyataan itu yang disiarkan melalui media sosial, X.

Ahad lalu, pesawat pejuang Stealth bernilai AS$80 juta (RM374 juta) dilaporkan hilang di Carolina Selatan selepas juruterbangnya menyelamatkan diri dan kejadian itu kemudian mengundang pandangan sinis orang awam.

JBC mengeluarkan kenyataan di media sosial meminta penduduk tempatan yang mempunyai maklumat mengenai pesawat itu untuk menghubungi mereka.

Sistem pengesanan penerbangan menunjukkan beberapa pesawat carian tertumpu di kawasan hutan dan tanah ladang berhampiran Stuckey, yang terletak di Williamsburg County, kira-kira 120 kilometer (km) di utara Charleston, lewat petang Isnin.

Reka bentuk dan ciri hebat yang melindungi Jet F-35 Lightning II daripada pengesanan radar, menjadikan pesawat itu idaman sekutu AS di seluruh dunia.

Juruterbang itu keluar dari pesawat atas sebab yang tidak diketahui menggunakan payung terjun ke kawasan North Charleston, meninggalkan jet itu terbang tanpa pengendalian.

‘Kehilangan’ pesawat dengan teknologi canggih itu turut mengundang ‘kecaman’ dalam talian termasuk Ahli Kongres Charleston, Nancy Mace.

“Bagaimana F-35 boleh hilang? Tidak ada peranti pengesan? Kita meminta orang ramai cari pesawat itu dan serahkannya semula?,” katanya sinis.

Loading...
Terkini